DI SINI TIDAK ADA BUMI
Bahawa hidup bukanlah kematian yang harus ditangisi, kukirimkan kamu sepotong manisan yang rasi, di sini tidak ada bumi, aku tidak berdiri, dan kau tidak lagi dewi. Angin malam memasukimu sebagai hantu, dan kau menari dengan cebis-cebis waktu, hanyasanya tulisanmu khutbah yang lucu. Ahad, 4 November.